Latar Belakang SMKSM

December 17, 2008

depan1

SMK SRI MUDA ,13100 PENAGA , SPU

NO.TEL:04-5791130     NO.FAX:04-5741804        EMAIL:smk_sri_muda@yahoo.com

 

Latar Belakang Sekolah

 Sekolah ini ditubuhkan pada mulanya dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Penaga.Sekolah ini ditubuhkanpada tahun 1965.pada ketika itu ia menumpang di Sekolah Kebangsaan Penaga di sebelah petang.

                        Pada tahun 1968 ,sekolah ini berpindah ke bangunannya sendiri yang terletak disekolah kebangsaan penaga .bangunan sekolah pada ketika ituterdiri daripada dua blok bangunan yang mengandungi 10buah bilik darjah ,sebuah makmal,sebuah bilik masakkan,dan sebuah bilik jahitan.bilangan pelajar ketika itu adalah 337 orang.

                        Pada tahun 1969,seramai 80 orang pelajar tingkatan lima sastera dari sekolah ini mengambil peperiksaan SPM buat pertama kali.Sementara pelajar aliran sainspada tahun 1984 iaitu seramai 41 orang.

                        Pada tahun 1969,dalam mesyuarat guru atas cadangan Jabatan Pendidikan Pulau Pinangdan dipersetujui  oleh jemaah pentadbir sekolah .Nama Sekolah Kebangsaan Penaga telah ditukar dengan nama baru iaitu Sekaolah Menengah Kebangsaan Sri Muda Penaga.Moto sekolah ini ialah”BERDIKARI”

                        Dari segi kemudahan sekolah ini telah berkembang dengan adanya beberapa buah bangunan tambahan .Pada tahun 1972,sebuah blok bangunan tambahan telah dibina,kemudian pada tahun 1973 sebuah bangunan bengkel Seni Perusahaan  telah didirikan.Pada tahun 1977 sebuah lagi bangunan tambahan yang mengandungi 3 buah makmal sains dan 2 buah bilik darjah yang dibina ,manakala pada tahun 1988 sebuah lagi  blok  pasang siap satu tingkat yang mengandungi 3 buah makmal sains dan 2 buah bilik darjah telah dibina ,manakala pada tahun 1988 sebuah lagi blok pasang siap satu tingkat yang mengandungi 6 bilik darjah telah dibina . Pada tahun 1989 sebuah bangunan dua tingkat dimana 3 buah bilik darjah di tingkat bawah boleh diubahsuaiuntuk dijadikan dewan telah dijadikan dewan didirikan.luas kawasan ini ialah 2.14 hektar.

                         Tahun demi tahun sekolah ini telah berkembamng dengan pesat dari zsegi bilangan kelas dan guru.pada tahun 1965 bilangan kelas ialah 4 buah dan bilangan guru ialah 7 seramai 7 orang.Pada tahun 1980,bilangan kelas telah meningkat kepada 38 buah dan bilangan guru ialah ialah 57 orang.Jumlah ini terus bertambah,kini terdapat48 buah kelas dan 93 orang guru.Pada tahun 1996,Sekolah Kebangsaan Penaga diserahkan kepada sekolah menengah kebangsaan sri mudakerana sekolah Kebangsaan Penaga telah berpindah ke bangunan baru di tapak baru.Blok 3 tingkat sekolah kebangsaan telah diubahsuai menjadi Asrama Desa yang menempatkan 35 orang pelajar lelaki .

  Latar Prasarana

 

Prasarana Sekolah Kebangsaan Sri Muda berkembang pesat dari tahun ketahun.  Pelbagai bangunan baru dan kemudahan disediakan untuk pelajar dan guru. Di antara kemudahan prasarana yang ada di Sekolah Menengah Kebangsaan  Sri Muda ialah makmal komputer, surau , blok-blok sekolah, kantin dan sebagainya

  • Makmal Komputer (40 buah komputer).
  • Pusat Sumber yang lengkap dengan bilik tayangan.
  • Bengkel kemahiran hidup bersepadu.
    ( Bengkel KMT,ERT,Pertanian, Bilik Jahitan & Masakan)
  • Makmal Sains.
    (Makmal Fizik, Kimia ,Biologi & 3 buah makmal Menengah Rendah).
  • Bangunan Bilik Darjah.
    (Blok 1676, 1042, 829, 830,1713,1337 & 1712)
  • Bangunan Blok Asrama.
    (Blok asrama Puteri & Blok asrama Putera)
  • Bangunan surau.
  • Blok kantin.
  • Bilik guru yang lengkap berhawa dingin.
  • Bilik pejabat pentadbiran.
  • Padang permainan.
  • Dua buah pondok rehat.
  • Tandas:
    (Sebuah tandas pelajar lelaki, pelajar perempuan & 3 buah tandas guru.)
  • Tempat letak basikal sesi pagi & petang.
Advertisements